suria

Safee Sali Mungkin Dilarang Wakili Skuad Negara - AFC

Safee Sali (tengah) bersama Pengurus Besar Pasukan Pelita Jaya FC Iwan Budianto (kiri) dan Pengurus Pasukan Pelita Jaya, Lalu Mara (kanan) semasa majlis pengumuman penyambungan kontrak Safee selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak itu di Jakarta, Rabu lalu. Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Penyerang handalan negara Mohd Safee Sali mungkin dilarang daripada mewakili pasukan Malaysia pada masa depan sekiranya dia terus beraksi bersama kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Ini berikutan kontroversi status ISL selepas Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengharamkan liga itu dan hanya mengiktiraf Liga Perdana Indonesia (LPI).

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Alex Soosay berkata, terdapat risiko tinggi untuk pemain yang beraksi dalam ISL tidak dibenarkan mewakili skuad kebangsaan.

"Oleh sebab itu, PSSI perlu memastikan mereka mematuhi garis panduan oleh AFC dan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bahawa hanya satu liga sahaja dikelolakan oleh PSSI di negara itu," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Liga ISL, yang mengandungi 18 kelab, diharamkan oleh PSSI dan hanya mengiktiraf LPI.

Berikutan itu, AFC tidak mengiktiraf liga ISL kerana ia tidak dibawah kelolaan PSSI.

Oleh itu, Soosay berkata, AFC dan FIFA telah memberi PSSI tempoh sehingga 22 Mac in untuk menyelesaikan kemelut liga ISL.

"PSSI bersetuju untuk mengadakan kongres pada 18 Mac ini," katanya.

Katanya, AFC sebelum ini telah mengeluarkan beberapa surat peringatan dan amaran kepada PSSI supaya menggabungkan pertandingan liga di bawah satu bumbung.

Beliau menegaskan bahawa PSSI mungkin menghadapi hukuman gantung keahlian oleh FIFA sekiranya gagal mengadakan liga tunggal di negara itu.

"Sekiranya wujud sebarang liga haram, PSSI tertakluk kepada hukuman penggantungan," jelasnya.

Pada Rabu lalu, Safee telah menyambung kontrak selama dua tahun lagi bernilai RM2 juta bersama kelab dari Jawa Timur itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain