suria

LTdL 2012: Perebutan Jersi Biru Dijangka Paling Sengit

Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jenama dan Motosports Proton, John D. Chacko (kiri) menyerahkan replika Jersi Biru kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong serta replika kunci kenderaan Proton kepada Emir (kanan). Foto: S.S Kanesan/THE STAR

SHAH ALAM: Perebutan Jersi Biru selaku Raja Pecut dijangka menjadi perhatian utama pada perlumbaan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bermula 24 Februari hingga 4 Mac ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO), Emir Abdul Jalal perlumbaan tahun ini amat berbeza daripada tahun sebelumnya berdasarkan senarai pelumba-pelumba yang telah mengesahkan kehadiran mereka.

“Saya yakin saingan untuk merebut gelaran Raja Pecut akan lebih menjadi tumpuan lebih-lebih lagi semalam (Khamis) Raja Pecut tahun lalu, Andrea Guardini (Farnese Vini-Neri Sottoli) telah mengesahkan kehadirannya.

"Selain itu, pelumba berpengalaman, Robert Foster dari pasukan United Healthcare yang pernah memenangi beberapa peringkat semasa Le Tour de France, dijangka kembali bukan sahaja untuk memenangi sesetengah peringkat tetapi mungkin keseluruhan LTdL kali ini.

“Pun begitu saya yakin jaguh pecut negara, Anuar Manan telah berada dalam keadaan baik untuk mengharungi perlumbaan tahun ini bersama pasukan Champion System.

“Dengan rekod yang pernah dicatat pada LTdL 2010, selaku Raja Pecut Asia, saya yakin Anuar akan kembali mempamerkan rentak cemerlang tahun ini,” katanya selepas majlis tajaan Proton Holdings 2012.

Sementara itu, Proton terus menjadi penaja rasmi bagi Jersi Biru (Raja Pecut) tahun ini serta turut menyediakan lebih kurang 150 unit kenderaan keluaran Proton sebagai kenderaan rasmi sepanjang perlumbaan berlangsung.

Jalinan kerjasama Proton dan LTdL ini bukanlah perkara baru kerana kedua pihak ini telah bekerjasama sejak edisi pertama perlumbaan pada tahun 1996.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain