PSSI Ingatkan FAM Mengenai Status Safee - Sukan | mStar

PSSI Ingatkan FAM Mengenai Status Safee

Safee menunjuk jersinya semasa majlis pengumuman penyambungan kontraknya selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC di Jakarta, pada Rabu. Foto:BERNAMA
Safee menunjuk jersinya semasa majlis pengumuman penyambungan kontraknya selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC di Jakarta, pada Rabu. Foto:BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status Safee Sali sekiranya Malaysia mahu menggunakan khidmat ketua pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya itu bagi mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa.

Menurut laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang menggunakan tajuk `Safee dan Malaysia terancam Sanksi FIFA', ingatan daripada PSSI bukanlah bermaksud badan induk bola sepak Indonesia itu mahu mencampuri urusan FAM.

"Sesuai dengan arahan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), pemain yang memperkuat liga ilegal (haram) dilarang bermain di pertandingan rasmi FIFA," kata Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono.

Safee pada Rabu menyambung kontraknya selama dua tahun dengan Pelita Jaya dan yakin dapat terus bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan FIFA.

Setiausaha FIFA, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asian (AFC), Datuk Alex Soosay dalam surat mereka kepada PSSI sebelum ini menyatakan: "Pemain-pemain ISL tidak dibenarkan bermain dengan pasukan nasional."

FIFA sebelum ini meminta senarai nama pemain yang bermain di ISL daripada PSSI dan nama Safee pasti berada dalam senarai itu.

"Jadi jika FIFA tahu Safee bermain, akibatnya ialah pengharaman," kata Agus.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Pemecatan Pemain Perkara Biasa: Ahmad Said

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain