suria

Nicol Sekali Lagi Berdepan Massaro Di Perlawanan Akhir

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David berpeluang sekali lagi menebus maruahnya bersemuka pemain England, Laura Massaro di kejohanan Cleveland klasik 2012.

Tahun lepas dia tewas di tangan Massaro dalam buruan pertamanya merebut gelaran dalam Cleveland klasik itu.

Nicol, 28, sudah menempah tempat ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Madeline Perry dari Ireland di separuh akhir yang berlangsung di kelab Cleveland Racquet di Ohio, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menurut laporan di laman Mukabuku peminat skuasy, Squash Stars, Nicol hanya mengambil masa 31 minit sahaja menundukkan Perry dalam set selari 11-3, 11-4 dan 11-6.

Manakala pemain nombor empat dunia, Massaro, juga tidak menghadapi cabaran sukar dalam perlawanan separuh akhir menewaskan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5 dan 11-6 memakan masa hanya 28 minit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain