suria

United, City Kongsi Mata

Hernandez menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penaltinya.
Hernandez menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penaltinya.
Hernandez menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penaltinya.

LONDON: Penyandang juara, Manchester United kembali berkongsi mata dengan Manchester City di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas Stoke di Old Trafford, awal pagi Rabu.

Kelebihan itu diperoleh apabila City tewas 0-1 kepada Everton di Goodison Park pada perlawanan berasingan.

Kedua-keduanya kini berkongsi 54 mata namun City di kedudukan teratas berikutan perbezaan jaringan. Kedua-dua gol United diperoleh menerusi sepakan penalti.

Penalti pertama pada separuh masa menerusi Javier Hernandez selepas Park Ji-Sung dijatuhkan oleh Jermaine Pennant. Jonathan Walters kemudian mengasari Antonio Valencia dan Dimitar Berbatov menyempurnakan penalti kedua.

Penyerang sensasi United, Wayne Rooney masih diketepikan akibat kecederaan di pergelangan kaki dan memaksa Ferguson menggandingkan Berbatov di samping Hernandez untuk memperkukuh jentera serangan.

Pada perlawanan itu penjaga gol pilihan keempat United, Ben Amos melakukan penampilan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris berikutan ketiadaan penjaga gol utamanya, David de Gea yang tidak sihat dan Anders Lindegaard masih bergelut dengan kecederaan.

Amos beraksi cemerlang dan tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan gawang United daripada dibolosi Stoke.

Senarai Pemain:

MAN UTD: Amos, Smalling, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Park, Berbatov, Hernandez (Pemain simpanan: Kuszczak, Giggs, Welbeck, Fabio Da Silva, Rafael Da Silva, Pogba, Will Keane)

STOKE: Sorensen, Wilkinson, Huth, Shawcross, Wilson, Pennant, Palacios, Whitehead, Walters, Jones, Crouch (Pemain simpanan: Begovic, Whelan, Fuller, Delap, Etherington, Jerome, Woodgate)

Gelanggang:Old Trafford

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain