suria

Nicol Sekali lagi Berdepan Massaro Di Perlawanan Akhir

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David sekali lagi berpeluang menebus maruahnya apabila berhadapan pemain England, Laura Massaro pada Kejohanan Cleveland Classic 2012.

Tahun lepas, pemain nombor satu dunia itu tewas di tangan Massaro dalam buruan pertamanya merebut mahkota kejuaraan kejohanan itu.

Nicol, 28, berjaya ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Madeline Perry dari Ireland dalam peringkat separuh akhir yang berlangsung di kelab Cleveland Racquet di Ohio, Amerika Syarikat pada Selasa.

Menurut laman sosial Facebook bagi peminat skuasy, Nicol hanya mengambil masa 31 minit sahaja untuk menundukkan Perry dengan keputusan 11-3, 11-4 dan 11-6.

Dalam satu perlawanan separuh akhir, pemain nombor empat dunia, Massaro, juga tidak menghadapi cabaran sengit untuk mengalahkan pemain tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5 dan 11-6 dalam masa hanya 28 minit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain