suria

Nicol Mara ke Suku Akhir Kejohanan Cleveland

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir kejohanan Cleveland Racquet Classic 2012 di Ohio, Amerika Syarikat pada Ahad.

Beliau mengalahkan Joelle King dari New Zealand 11-4, 11-9, 9-11, 8-11 dan 11-7 dalam masa 63 minit di pusingan pertama kejohanan.

Nicol seterusnya akan bertemu Annie Au dari Hong Kong.

Beliau kalah kepada pemain England, Laura Massaro di peringkat akhir kejohanan tahun lalu.

Sementara itu pemain nombor dua negara, Low Wee Wern kalah kepada Massaro 4-11, 6-11, 11-9 dan 5-11 dalam masa 53 minit. - BERNAMA

Artikel Lain