Sharapova, Azarenka Teruja Bertemu Aksi Final Terbuka Australia

Sharapova berpeluang untuk meraih gelaran juara Terbuka Australia buat kali kedua petang Sabtu.
Sharapova berpeluang untuk meraih gelaran juara Terbuka Australia buat kali kedua petang Sabtu.
Sharapova berpeluang untuk meraih gelaran juara Terbuka Australia buat kali kedua petang Sabtu.

PERTEMUAN pemain ketiga terbaik dunia, Victoria Azarenka dan keempat ranking dunia, Maria Sharapova dianggap sengit dalam perebutan gelaran juara pada aksi akhir Terbuka Australia, petang Sabtu.

Juara grand slam tiga kali, Sharapova dilihat begitu teruja apabila mara ke final sekaligus bakal memenuhi impiannya untuk memburu gelaran kejuaraan sekaligus mengambil alih kedudukan nombor satu dunia yang kini dipegang oleh Caroline Wozniacki dari Denmark.

Sharapova menjuarai Wimbledon ketika berusia 17 tahun pada 2004, bergelar juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2006 dan Terbuka Australia pada 2008 terpaksa berehat hampir sembilan bulan kerana kecederaan bahu yang dialaminya sehingga menyebabkan kedudukan rankingnya terjejas.

Namun bekas pemain nombor satu dunia ini bangkit menguasai perlawanan selepas turut mara ke separuh akhir Terbuka Perancis serta final Wimbledon tahun lalu.

Di atas kertas sudah pasti Sharapova memiliki kelebihan dari segi pengalaman, namun aksi konsisten Azarenka tidak boleh dipandang remah.

Biarpun kurang beraksi di grand slam pencapaian terbaiknya hanyalah mara ke separuh akhir Wimbledon tahun lalu, dia boleh menjadi penghalang buat Sharapova.

Belajar daripada kesilapan lalu, Sharapova berkata, pengalaman bukanlah penentu utama untuk bergelar juara.

“Pada perlawanan di Kelab Seluruh England tahu lalu saya tewas kepada Petra Kvitova yang ketika itu baru pertama kali merangkul gelaran juara grand slam.

“Saya menentang Petra pada final grand slam pertama. Dia menampilkan corak permainan yang berkualiti tinggi sama ada di atas gelanggang rumput atau lain.

“Dan pertemuan akhir ini dianggap penting bagi saya. Saya menjangkakan Victoria akan memberi aksi terbaiknya,” jelas Sharapova.

Sementara itu, Azarenka berkata, dia memang menjangkakan akan mendengar jeritan Sharapova dalam perlawanan akhir nanti.

Kedua pemain ini digelar ini digelar ‘ratu jeritan’ oleh peminat-peminat tenis di Australia.

“Saya belum pekak, sudah tentu saya dengar jeritan dia. Malah saya yakin dia juga dengar jeritan saya, termasuk 15,000 penonton juga turut mendengar jeritan kami.

“Pun begitu saya sedar final ini adalah impian saya sejak sekian lama. Saya membesar sebagai seorang pemain dan selalu belajar melakukan yang terbaik.

"Apa yang penting saya mahu meningkatkan permainan tidak memikirkan perkara yang lain,” katanya.

Ringkasan aksi Terbuka Australia kedua pemain;

Victoria Azarenka (Belarus)

Umur: 22

Ranking: Ketiga dunia

Pusingan pertama - kalahkan Heather Watson (Britain) 6-1 6-0

Pusingan kedua- kalahkan Casey Dellacqua (Australia) 6-1 6-0

Pusingan ketiga - kalahkan Mona Barthel (Jerman) 6-2 6-4

Pusingan empat - kalahkan Iveta Benesova (Republik Czech) 6-2 6-2

Suku akhir - kalahkan Agneiska Radwanska (Poland) 6-7 6-0 6-2

Separuh akhir - kalahkan Kim Clijsters (Belgium) 6-4 1-6 6-3

Maria Sharapova (Russia)

Umur: 24 tahun

Ranking: Keempat dunia

Gelaran: Juara Wimbledon 2004, Terbuka Amerika Syarikat (2006), Terbuka Australia 2008

Pusingan pertama- kalahkan Gisela Dulko (Argentina) 6-0 6-1

Pusingan kedua- kalahkan Jamie Hampton (Amerika Syarikat) 6-0 6-1

Pusingan ketiga -kalahkan Angelique Kerber (Jerman) 6-1 6-2

Pusingan keempat -kalahkan Sabine Lisicki (Jerman) 3-6 6-2 6-3

Suku akhir - kalahkan Ekaterina Makarova (Russia) 6-2 6-3

Separuh akhir -kalahkan Petra Kvitova (Republik Czech) 6-2 3-6 6-4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain