suria

Terbuka Australia: Sharapova Tewaskan Kvitova Dalam Separuh Akhir Kedua

MELBOURNE: Pemain pilihan keempat dari Rusia, Maria Sharapova berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia di sini, Khamis selepas menewaskan pemain pilihan kedua Petra Kvitova dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sharapova mendahului set pertama dengan kemenangan 6-2 sebelum Kvitova bangun semula untuk menang dalam set kedua 6-3.

Kini dalam set ketiga, Sharapova akhirnya menang 6-4.

Dalam perlawanan akhir Sabtu ini, Sharapova akan berentap menentang pemain pilihan ketiga dari Belarus, Victoria Azarenka yang mencatat sejarah dengan kejayaan melangkah ke pertandingan akhir grand slam nya yang pertama selepas menewaskan juara bertahan Kim Clijsters.

Azarenka, menang 6-4, 1-6, 6-3 dalam tempoh dua jam 12 minit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain