suria

Separuh Akhir Terbuka Australia: Nadal Tewaskan Federer Dalam Empat Set

MELBOURNE: Pilihan Kedua, Rafael Nadal berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas menewaskan Roger Federer di set keempat 6-4.

Selepas Federer mendahului Nadal di set keempat dengan 3-2, Nadal berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sebelum Federer kembali dengan 4-3. Tetapi Nadal berjaya mendahului 5-4 dan akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-4 pada set penentuan ini.

Federer telah memenangi set pertama 7-6 selepas kedua-dua pemain terikat 5-5 dan 6-6.

Tetapi Nadal berjaya merampas set kedua dengan menang mudah 6-2.

Pada set ketiga kedua-dua pemain ini memberikan saingan yang hebat dan mata sering bertukar tangan sehinggalah Nadal menang tipis 7-6.

Perlawanan tersebut bermula pada jam 7.30 malam waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).

Federer adalah pemain pilihan ketiga kejohanan manakala Nadal adalah pilihan kedua.

Nadal menjuarai kejohanan ini pada 2009 tetapi hanya mampu sampai ke peringkat suku akhir pada kejohanan 2010 dan tahun lalu.

Manakala Federer pula menjuarai pembuka tirai siri grand slam ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2004, 2006, 2007 dan 2010.

Tahun lepas, Federer juga terkandas di peringkat separuh akhir kejohanan ini.

Juara bertahan Novak Djokovic pula akan bertemu dengan pilihan keempat kejohanan yang juga merupakan naib juara tahun lalu, Andy Murray dari Scotland pada waktu yang sama esok (Jumaat).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain