suria

Roger Federer Lwn Rafael Nadal Jam 4.30 Petang Ini

MELBOURNE: Perlawanan separuh akhir pertama lelaki kejohanan Tenis Terbuka Australia malam ini adalah di antara bekas juara Roger Federer menentang seorang lagi bekas juara Rafael Nadal.

Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 7.30 malam waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).

Federer adalah pemain pilihan ketiga kejohanan manakala Nadal adalah pilihan kedua.

Juara bertahan Novak Djokovic pula akan bertemu dengan pilihan keempat kejohanan yang juga merupakan naib juara tahun lalu, Andy Murray dari Scotland pada waktu yang sama esok (Jumaat).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain