suria

Stadium Hang Jebat Lepasi Syarat Pencahayaan

KUALA LUMPUR: Perlawanan bola sepak di Stadium Hang Jebat, Melaka kini boleh dilangsungkan pada sebelah malam selepas melepasi tahap pencahayaan minimum lampu limpah seperti yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini sekaligus menjadikan Stadium Hang Jebat menjadi venue terakhir melepasi syarat-syarat itu dan menjadikan semua perlawanan Liga Super boleh dilangsungkan pada sebelah malam dalam saingan Liga Malaysia 2012 yang baru masuk minggu ketiga.

Menurut kenyataan FAM pada Rabu, pihaknya telah mengukur tahap pencahayaan lampu limpah Stadium Hang Jebat pada Ahad malam (22 Jan) dan didapati melepasi tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan syarat perlawanan waktu malam oleh badan induk bola sepak negara ini.

Stadium Hang Jebat menjadi tuan rumah buat dua pasukan Liga Super, Kuala Lumpur dan Felda United musim ini menggantikan sementara laman asal mereka di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras yang masih dalam proses penambahbaikan.

Felda United akan membuka tirai bermain pada waktu malam di stadium itu menentang Perak bermula 8.45 malam Sabtu ini (28 Jan). -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain