suria

Terbuka Australia:Murray Mara Ke Pusingan Ketiga

ANDY Murray mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Edouard Roger-Vasselin dari Perancis, 6-1, 6-4, 6-4 pada kejohanan Terbuka Australia pada Khamis.

Beraksi menentang pemain di ranking ke-97, Murray kelihatan menerima sebarang tentangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Dia akan bertemu Michael Llodra yang berjaya mengetepikan Alex Bogomolov Jr 6-1 6-3 4-6 5-7 6-4 dalam perlawanan berasingan.

Murray yang tewas set pertama pada perlawanan pembukaan ke atas Ryan Harrison, dua hari lalu mempamerkan pukulan bertenaga untuk mendahului 5-0.

Pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan Llodra pada Sabtu dalam usaha mengisi slot dalam kelompok 16 pemain terakhir dan pusingan suku akhir.

"Saya mempamerkan persembahan lebih baik pada hari ini. Edouard melakukan beberapa kesilapan dan saya melakukan pukulan servis dengan cemerlang," katanya.

Menjelang pertemuan dengan Llodra yang merupakan pemain ranking ke-46 dunia, Murray berkata, dia tidak sabar untuk beraksi.

"Dia mempunyai banyak pengalaman dan akan menjadikan permainan lebih sukar. Namun saya berharap agar dapat mempamerkan persembahan terbaik," katanya.

Artikel Berikut

Cisse Sarung Jersi Newcastle

Artikel Lain