Tarikh Baru Sukma Pahang Masih Belum Dapat Kelulusan MSN - Sukan | mStar

Tarikh Baru Sukma Pahang Masih Belum Dapat Kelulusan MSN

KUANTAN: Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Pahang masih belum mendapat kelulusan mengenai keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menganjak tarikh kejohanan Sukma ke-15 iaitu pada 5 hingga 14 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif sekretariat itu, Ahmad Hairi Hussain berkata tarikh sebenar kejohanan itu akan berlangsung adalah pada 29 Jun hingga 9 Julai, namun tarikh itu didapati tidak sesuai atas beberapa sebab tertentu.

"Antaranya faktor kerancakan kejohanan Euro 2012 pada 8 Jun hingga 2 Julai, selain temasya Sukan Olimpik pada 27 Julai dan tarikh menyambut bulan puasa dijangka bermula 19 Julai," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanya, sekretariat terpaksa menggunakan tarikh baru Sukma ke-15 itu bagi membolehkan persiapan dapat disusun dengan lebih rapi walaupun masih belum mendapat kelulusan daripada MSN.

"Sekretariat juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak insitusi pengajian tinggi bagi mendapat kebenaran untuk menggunakan kemudahan mereka sebagai tempat penginapan atlet," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, disebabkan jadual peperiksaan yang berlangsung pada tarikh itu, jadi kebenaran menggunakan IPT tidak diluluskan.

Ahmad Hairi berkata, keputusan untuk menganjakkan tarikh itu telah diputuskan pada bulan lepas dan ia telah dihantar ke MSN bagi pertimbangan dan beliau difahamkan MSN akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk diputuskan.

Pada keseluruhannya, beliau berkata persediaan menghadapi kejohanan berkenaan berjalan dengan baik dengan anggaran 35 peratus berjaya dilaksanakan.

"Dijangkakan 95 peratus persediaan akan siap sebelum 15 April yang mana semua kemudahan itu akan diuji melalui penganjuran kejohanan-kejohanan mini sepanjang bulan Mei nanti," katanya.

Sebanyak 24 acara sukan akan dipertandingan dalam kejohanan itu bagi merebut 369 pingat emas, 369 perak dan 438 pingat gangsa. Temasya sukan itu akan dijalankan di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain