suria

Henry Mohon Maaf Kepada Penyokong The Gunners

Henry memohon maaf kepada penyokong Arsenal kerana mengeluarkan kata-kata kesat selepas tewas kepada Swansea Ciry Isnin lalu.

PENYERANG pinjaman Arsenal, Thierry Henry secara peribadi telah memohon maaf kepada penyokong skuad The Gunners berhubung kata-kata kesat yang telah dilemparkannya selepas tewas 2-3 kepada Swansea City Isnin lalu.

Henry mengakui yang dia hilang sabar apabila diejek segelintir penyokong yang tidak dapat menerima hakikat dengan kekalahan pasukan itu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum insiden tersebut, Henry meminta semua pemain Arsenal ke tepi padang bagi memberikan penghargaan kepada para penyokong kelab itu.

Begitupun, dia tiba-tiba hilang sabar dengan seorang peminat yang menghamburkan kejian kepadanya.

"Saya benar-benar terkejut dan kecewa hari itu. Ia bukan semata-mata kerana keputusan perlawanan.

"Saya hanya mahu menghargai penyokong, tidak sangka kami diperlakukan sebegitu rupa.

"Kami memerlukan sokongan, bukannya dicemuh sebegitu.

"Tetapi saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kerana menggunakan kata-kata kasar kepada peminat itu," katanya.

Henry berkata, dia tidak berniat menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya dan boleh menggunakan bahasa yang lebih baik.

Artikel Berikut

Artikel Lain