suria

Skuad Piala Thomas Dan Uber Diumum

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai pasukan negara ke pusingan kelayakan Piala Thomas dan Piala Uber di Macau pada 13 hingga 19 Februari ini.

Turut disenaraikan dalam pasukan Piala Thomas negara ialah Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Latif manakala pemain beregu ialah Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.

Bagi Piala Uber pula, pasukan wanita negara negara dibarisi pemain perseorangan Tee Ji Ying, Lydia Cheah, Sonia Cheah dan Sannnatasah Saniru manakala beregu diwakili Chin Ee Hui, Wong Pei Tty, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, senarai pemilihan itu diputuskan pada mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Mohd Nadzmi berkata, pasukan negara akan memulakan latihan pusat bagi menghadapi kejohanan berprestij itu pada 30 Jan hingga 4 Feb ini di Stadium Juara, Bukit Kiara dan disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Feb sebelum berangkat ke Macau.

Pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan diadakan di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada 1992. - BERNAMA

Artikel Lain