Lee Chong Wei Ketuai Pasukan Negara Ke Pusingan Kelayakan Piala Thomas, Piala Uber - Sukan | mStar

Lee Chong Wei Ketuai Pasukan Negara Ke Pusingan Kelayakan Piala Thomas, Piala Uber

KUALA LUMPUR:Jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai pasukan negara ke pusingan kelayakan Piala Thomas dan Piala Uber di Macau pada 13 hingga 19 Februari ini.

Turut disenaraikan dalam pasukan Piala Thomas negara ialah Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd Arif Latif manakala pemain beregu ialah Tan Boon Heong, Koo Kien Keat, Goh V Shem, Lim Khim Wah, Hoon Thien How dan Toe Kok Siang.

Bagi Piala Uber, pasukan wanita negara negara dibarisi pemain perseorangan Tee Ji Ying, Lydia Cheah, Sonia Cheah dan Sannnatasah Saniru manakala beregu diwakili Chin Ee Hui, Wong Pei Tty, Woon Khe Wei, Vivian Hoo, Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata senarai pemilihan itu diputuskan pada mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Mohd Nadzmi berkata pasukan negara akan memulakan latihan pusat bagi menghadapi kejohanan berprestij itu pada 30 Januari hingga 4 Februari ini di Stadium Juara, Bukit Kiara dan disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari sebelum berangkat ke Macau.

Pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan diadakan di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah pada 1992. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

LTDL Tidak Semestinya Libatkan Langkawi : Emir

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain