suria

Kami Sudah Lepasi Tugas Sukar: Reina

Reina yakin pasukannya mampu mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menewaskan Manchester City pada aksi pertama separuh akhir awal pagi Khamis.

PENJAGA gol Liverpool, Jose Reina mengakui kemenangan menundukkan Manchester City 1-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga merupakan satu pertemuan yang sukar.

The Reds menang tipis melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Steven Gerrard pada minit ke-13 sekali gus memberi gambaran positif untuk menghadapi pusingan kedua di Anfield pada 25 Januari ini.

Tugas pasukan Liverpool menjinakkan City lebih mudah di Stadium Etihad selepas pemain-pemain utama seperti kapten pasukan, Vincent Kompany digantung kerana meraih kad merah ketika pertemuan dengan Manchester United Sabtu lalu.

Manakala David Silva serta Mario Balotelli direhatkan kerana kecederaan,dan Yaya Toure pula terlibat dengan perlawanan antarabangsa.

Reina berharap pasukannya mampu mara ke final dalam tempoh enam tahun ini selepas kali terakhir beraksi di Wembley pada tahun 1996.

“Kami sudah berada di separuh jalan untuk meraih tiket ke aksi akhir, namun saya sedar tugas berat 90 minit menunggu kami pada aksi kedua nanti.

“Kami perlu menamatkan tugas ini selepas berjaya melakukan dengan di tempat lawan.

"Anfield bakal digegarkan dengan aksi penting dan penyokong-penyokong The Reds akan terus bersama kami.

“Saya juga berharap mereka mampu membantu kami untuk mara ke final nanti,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain