suria

Peteh Daftar Ahli Baru Dan Lama Esok

KUALA TERENGGANU: Peminat dan penyokong yang ingin menjadi ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) boleh berbuat demikian pada Jumaat.

Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata pendaftaran akan diadakan di pejabat Peteh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

"Pendaftaran akan bermula pukul 5 petang dengan bayaran RM80 untuk ahli lama dan RM90 bagi ahli baru," katanya.

Beliau berkata ahli Peteh akan mendapat tempat duduk untuk menyaksikan perlawanan, tiket yang terjamin selain mendapat tambang bas istimewa untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu di luar Terengganu.

Ahli turut berpeluang menyertai aktivi Peteh seperti boling, futsal dan bola sepak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain