suria

Gol Gerrard Bantu Liverpool Benam City

Sepakan penalti Gerrard gagal diselamatkan penjaga gol City, Joe Hart.
Sepakan penalti Gerrard gagal diselamatkan penjaga gol City, Joe Hart.
Sepakan penalti Gerrard gagal diselamatkan penjaga gol City, Joe Hart.

MANCHESTER: Kapten Liverpool, Steven Gerrard menjaringkan gol tunggal untuk membantu The Reds menewaskan Manchester City 1-0 pada perlawanan separuh akhir Piala Carling di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.

Gerrard menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-13 selepas pemain tuan rumah, Stefan Savic mengasari Daniel Agger.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan kedua di Anfield pada 25 Januari.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool memburu penampilan final pertama di Wembley selepas tewas kepada Manchester United pada 1996.

Juara pertembungan kedua itu akan bertemu Cardiff atau Crystal Palace pada saingan final, 26 Februari ini.

Palace yang akan berkunjung ke Wales pada 24 Januari ini memiliki bekalan kemenangan 1-0 menerusi jaringan Anthony Gardne pada pertemuan pertama di Selhurst Park, Rabu.

Sementara itu, Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menyangkal khabar angin bahawa Andy Carroll akan meninggalkan Anfield.

Menurut laporan media antarabangsa, Carroll dikatakan akan kembali ke bekas kelabnya, Newcastle.

Bagaimanapun, wakil Carroll memberitahu kedua-dua kelab itu tidak pernah berhubung mengenai sebarang tawaran perpindahan terhadap pemain tersebut.

Carroll yang menjaringkan empat gol setakat ini masih gagal mencapai prestasi terbaik sejak berhijrah ke Merseyside, tahun lalu.

Senarai Pemain:

Manchester City: Hart, Richards, Savic, Lescott, Clichy, Barry, de Jong, A Johnson, Milner, Balotelli, Aguero.

Pemain gantian: Pantilimon, Zabaleta, Kolarov, Onuoha, Hargreaves, Nasri, Dzeko

Liverpool: Reina, Johnson, Skrtel, Agger, Kelly, Downing, Henderson, Gerrard, Spearing, Bellamy, Carroll.

Pemain gantian: Doni, Enrique, Coates, Kuyt, Carragher, Adam, Shelvey.

Gelanggang: Stadium Etihad

Artikel Sebelum

Artikel Lain