suria

Empat Syarikat Warnai Perlumbaan LTdL 2012

KUALA LUMPUR: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 telah menerima tajaan daripada empat syarikat tempatan bagi sama-sama memeriahkan perlumbaan edisi ke-17 yang akan berlangsung pada 24 Februari hingga 4 Mac ini.

Tajaan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan lain telah disumbangkan oleh Pearl Ray Sdn Bhd, Orang Kampung Corporation Sdn Bhd, Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan NexEdge Technology Sdn Bhd.

Pegawai Operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal berkata, penganjur amat menghargai dan berbesar hati menerima penajaan daripada empat syarikat berkenaan yang mahu bersama-sama menjayakan perlumbaan yang dijangka akan menarik minat jutaan ribu peminat sukan berbasikal tempatan dan antarabangsa.

“Kita tahu penganjuran Le Tour de Langkawi sentiasa mendapat perhatian dan liputan meluas dari luar.

"Dan dengan adanya penajaan seperti ini akan memberikan kita selaku penganjur untuk memastikan kelancaran perlumbaan tahun ini,” katanya selepas majlis penyerahan tajaaan itu.

Perlumbaan sepuluh hari ini bermula dengan acara individu ujian masa (ITT) sejauh 20.3km mengelilingi Putrayajay; diikuti peringkat kedua dari Putrajaya - Melaka (151.0km); Peringkat 3 Ayer Keroh - Parit Sulong (187.6km); Batu Pahat - Muar (169.4km); Ayer Keroh - Pandan Indah (190km); Proton Shah Alam - Genting Highlands (108km); Bentong - Kuantan (205.8km); Pekan - Chukai (100.8km); Kemasik - Kuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.8km).

Artikel Sebelum

Artikel Lain