suria

Mark Hughes Dilantik Pengurus Baru QPR

Hughes dilantik menjadi pengurus baru QPR menggantikan Neil Warnock.
Hughes dilantik menjadi pengurus baru QPR menggantikan Neil Warnock.
Hughes dilantik menjadi pengurus baru QPR menggantikan Neil Warnock.

MARK Hughes dilantik sebagai pengurus baru pasukan Queens Park Rangers (QPR) menggantikan Neil Warnock yang dipecat pada Ahad lalu.

Hughes,48, merupakan bekas pengurus Fulham dan Manchester City telah menandatangani perjanjian dua setengah tahun di Loftus Road pada Selasa.

Sentuhan Hughes ditagih selepas QPR tewas 1-2 kepada Norwich City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan bahaya dalam zon penyingkiran.

QPR kini mengumpul 17 mata daripada 20 perlawanan.

“Saya berasa gembira kerana kembali memberi sentuhan dalam bola sepak dan dilantik menjadi pengurus QPR. Dalam pada itu juga, saya turut berwaspada dengan cabaran untuk tempoh singkat dan jangka masa panjang.

“Tidak ada siapa yang boleh sangsi mengenai kebolehan pasukan ini dan saya begitu teruja dengan cita-cita pemilik kelab ini.

“Kini kami akan bersatu untuk bangkit kembali dalam aksi EPL seterusnya,” jelas Hughes dalam satu kenyataan.

Sementara itu pemilik pasukan ini, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Hughes merupakan pengurus yang mempunyai semangat luar biasa dan telah mencapai kejayaan dalam kerjayanya sebagai pengurus.

“Cita-cita Hughes seiring dengan impian kami dan gembira kerana berjaya mendapatkannya bagi mengendalikan pasukan ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain