Kompany Kekal Digantung Empat Perlawanan - Sukan | mStar

Kompany Kekal Digantung Empat Perlawanan

Kompany dilayangkan kad merah selepas melakukan aksi kasar kepada Nani (no 17) pada aksi Piala Liga Sabtu lalu.
Kompany dilayangkan kad merah selepas melakukan aksi kasar kepada Nani (no 17) pada aksi Piala Liga Sabtu lalu.

KAPTEN Manchester City, Vincent Kompany kekal digantung empat perlawanan selepas rayuannya ditolak Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) gara-gara mendapat kad merah pada aksi Piala Liga menentang Manchester United Sabtu lalu.

Pemain antarabangsa Belgium ini diarah keluar padang oleh pengadil Chris Foy pada minit ke-12 permainan setelah melakukan terjahan kasar kepada Nani.

Kompany bakal terlepas peluang beraksi dalam tiga perlawanan iaitu separuh akhir Piala Carling menentang Liverpool dan juga aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Wigan Athletic serta Tottenham Hotspur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Gol Gerrard Bantu Liverpool Benam City

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain