suria

Henry Idam Kelompok Empat Teratas Liga Inggeris

Aksi Henry selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan Piala Liga menentang Leeds United Isnin lalu.
Aksi Henry selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan Piala Liga menentang Leeds United Isnin lalu.
Aksi Henry selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan Piala Liga menentang Leeds United Isnin lalu.

THIERRY Henry yakin pasukan Arsenal mempunyai peluang untuk berada kelompok empat teratas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain veteran Perancis 34 tahun ini telah memberi keceriaan kepada penyokong-penyokong The Gunners apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Leed pada aksi Piala Liga Isnin lalu.

Henry dijangka bersama Arsenal lebih kurang enam minggu selepas bersetuju dengan perjanjian jangka pendek bersama kelabnya, New York Red dan dia turut diberi pilihan untuk menyambung kontrak ini bagi pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada 26 Februari depan.

Bekas kapten Arsenal ini dilihat turut memberi semangat baru kepada pengurus pasukan, Arsene Wenger serta pemain-pemain muda pasukan ini dan percaya skuadnya mampu mencapai sasaran lebih cepat.

“Kami sesungguhnya tidak mahu terkeluar daripada kelompok empat teratas, dan tidak menolak bahawa saingan tahun ini sangat sengit.

"Tetapi saya yakin pasukan mempunyai kelebihan untuk mencapai impian itu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain