suria

Messi Rangkul Anugerah FIFA Ballon d'Or Kali Ketiga

Lionel Messi merangkul anugerah FIFA Ballon d'Or di Zurich, Isnin.
 Lionel Messi merangkul anugerah FIFA Ballon d'Or di Zurich, Isnin.
Lionel Messi merangkul anugerah FIFA Ballon d'Or di Zurich, Isnin.

BINTANG Barcelona, Lionel Messi memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or buat kali ketiga berturut-turut pada satu majlis yang berlangsung di Zurich pada Isnin.

Penyerang Argentina berusia 24 tahun itu menepati ramalan awal apabila menewaskan rakan sepasukannya, Xavi dan Cristiano Ronaldo untuk merangkul anugerah terulung berkenaan.

Messi memperoleh undian sebanyak 48 peratus, Ronaldo kurang 22 peratus daripada undian Meesi manakala Xavi berada di tempat ketiga, kurang sembilan peratus daripada undian kepada Ronaldo.

Pemain Manchester United, Wayne Rooney menduduki tempat kelima, ketinggalan di belakang pemain Barcelona, Andres Iniesta.

"Ia anugerah terbesar dan istimewa bagi saya. Saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama rakan-rakan dan Xavi juga layak menerima anugerah itu," katanya.

Messi merupakan pemain yang memenangi anugerah berkenaan berturut-turut selepas Michel Platini.

Sementara itu, Pengurus Barcelona, Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik 2011 selepas membantu kelab Catalan itu memenangi kejuaraan di peringkat domestik dan Eropah.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson menduduki tempat kedua manakala Jose Mourinho yang memimpin Real Madrid, ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain