suria

Henry Kembali Bergaya, Bantu Arsenal Mara

Thierry Henry meraikan jaringannya bersama Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan rakan sepasukan, Sebastien Squillaci (kanan).
Thierry Henry meraikan jaringannya bersama Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan rakan sepasukan, Sebastien Squillaci (kanan).
Thierry Henry meraikan jaringannya bersama Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan rakan sepasukan, Sebastien Squillaci (kanan).

LONDON: Penyerang New York Red Bull, Thierry Henry yang dipinjamkan ke Arsenal selama dua bulan memulakan langkah bergaya apabila menjejak kaki semula ke Emirates awal pagi Selasa dengan membantu pasukan itu menundukkan Leeds United 1-0 pada saingan Piala FA.

Gol tunggal yang dijaringkan Henry selepas diturunkan pada minit ke-68 untuk menggantikan Marouane Chamakh membantu Arsenal untuk mara ke pusingan keempat menentang Aston Villa, hujung bulan ini.

Pemain beusia 34 tahun itu memecah kebuntuan The Gunners pada minit ke-79 apabila menolak bola masuk ke dalam gawang dari sebelah kiri kotak penalti.

Jaringan tersebut diraikan Henry dengan penuh bergaya di mana dia dilihat memeluk Pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Ia merupakan gol ke-227 Henry bersama Arsenal setakat ini.

Henry menerima tepukan hormat penonton pada minit ke-68 apabila beliau menggantikan penyerang Chamakh. “Ia agak pelik. Saya hanya kembali daripada percutian di Mexico 15 hari lalu dan tidak menyangka akan bermain untuk Arsenal lagi dan kemudian menjaringkan gol kemenangan.

"Saya kembali ke sini bukan untuk menjadi hero tetapi membantu Arsenal untuk memenangi kejuaraan," katanya.

The Red Bulls bersetuju untuk meminjamkan Henry kepada Arsenal sehingga penghujung Februari ini sebelum musim MLS membuka tirainya pada Mac.

Henry mendedahkan bahawa Wenger ada menghubungi mengenai tawarannya untuk kembali ke Arsenal berikutan ketiadaan Gervinho dan Marouane Chamakh yang akan beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

Perpindahan itu mencetuskan beberapa kritikan namun keupayaan yang dibuktikan Henry berjaya menutup kritikan tersebut.

SENARAI PEMAIN:

Arsenal: Szczesny, Coquelin, Koscielny, Squillaci, Miquel, Song, Arteta, Ramsey, Oxlade-Chamberlain, Arshavin, Chamakh.

Pemain gantian: Martinez, Yennaris, Benayoun, Ryo, Walcott, Park, Henry

Leeds United: Lonergan, Thompson, Lees, O'Dea, White, Townsend, Clayton, Vayrynen, Pugh, Nunez, Becchio.

Pemain gantian: Taylor, Bruce, Brown, Sam, Forssell, Parker, McCormack

Pengadil: Mark Clattenburg

Gelanggang: Stadium Emirates

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain