suria

Manchester United Tewaskan Manchester City 3-2

MANCHESTER: Manchester United akhirnya berjaya membalas dendam di atas kekalahan mereka 6-1 kepada Manchester City dalam perlawanan liga baru-baru ini dengan menewaskan pendahulu liga itu 3-2 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris pada malam Ahad.

Man City adalah penyandang juara piala tersebut.

Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Etihad, iaitu gelanggang Man City.

Wayne Rooney menjaringkan dua gol manakala Danny Welbeck menjaringkan satu gol lagi bagi membolehkan Manchester United membawa kemenangan dramatik dalam saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Etihad.

Manchester City pula mendapat dua jaringan dengan sepakan Sergio Aguero dan Aleksandar Kolarov.

STATISTIK PERLAWANAN:

Manchester City: Costel Pantilimon, Micah Richards, Vincent Kompany, Joleon Lescott, Aleksandar Kolarov, James Milner, Adam Johnson (Stefan Savic, 45), Nigel de Jong, Samir Nasri (Owen Hargreaves, 82), David Silva (Pablo Zabaleta, 45), Sergio Agüero.

Manchester United: Anders Lindegaard, Phil Jones, Chris Smalling, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Michael Carrick, Antonio Valencia, Nani (Paul Scholes, 60), Ryan Giggs, Wayne Rooney, Danny Welbeck (Anderson, 75)

Penjaring Gol:

Man Utd: Rooney (10); Welbeck (30); Rooney (39).

Man City: Kolarov (48); Agüero (64).

Kad Kuning: Welbeck (35); Nani (36); Evra (47); Ferdinand (92)

Kad Merah: Kompany (12)

Stadium: Etihad Stadium, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain