Langkawi Tuan Rumah Kejohanan Sukan Layar Peringkat Dunia 2015 - Sukan | mStar

Langkawi Tuan Rumah Kejohanan Sukan Layar Peringkat Dunia 2015

LANGKAWI: Pulau Langkawi diberi penghormatan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) untuk menjadi tuan rumah kejohanan sukan layar peringkat dunia pada 2015.

Pengurus Besar, Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata, Kejohanan ISAF Belia Dunia akan dianjurkan selama 10 hari pada bulan Disember 2015 membabitkan seramai 1,200 pelayar dari 80 negara.

"Langkawi pernah menjadi tuan rumah pada Kejohanan IODA World Sailing Championship pada tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Sementara itu, pelayar pelapis negara, Ahmad Shukri Abdul Aziz gagal menyerlah dan hanya menduduki tangga keenam pada Kejohanan IODA World Sailing Championship yang sedang berlangsung di Napier, New Zealand.

Kejohanan 10 hari itu disertai seramai 218 pelayar dari 48 negara dan Malaysia menghantar lima pelayar.

"Pada tahun lepas Ahmad Shukri menduduki tempat kedua keseluruhan negara-negara yang bertanding dan Juara Lelaki," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain