suria

Seorang Lelaki Ditangkap Berhubung Insiden Adeyemi

Tom Adeyemi (dua, kanan) ditenangkan Steven Gerrard (dua, kiri) dan pengadil Neil Swarbrick (kanan) selepas tamat perlawanan di Anfield.

POLIS sedang menyiasat dakwaan makian berunsur perkauman yang ditujukan kepada pemain Oldham, Tom Adeyemi ketika pertemuan Piala FA di Liverpool, Jumaat lalu.

Perlawanan itu yang menyaksikan Liverpool mencatatkan kemenangan 5-1 berakhir dengan insiden buruk apabila Adeyemi berperang mulut dengan seorang penyokong Liverpool.

Adeyemi yang dipinjamkan ke Oldham dari Norwich terpaksa ditenangkan Steven Gerrard selepas insiden itu.

Polis melakukan siasatan berhubung insiden itu sebaik tamat perlawanan dengan Liverpool menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama.

Berdasarkan siasatan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dari Aintree, Merseyside yang dipercayai mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Adeyemi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Liverpool pada Sabtu memberitahu kelab itu akan bekerjasama dengan polis Merseyside untuk mengumpul segala bukti berkaitan insiden tersebut.

"Kami memandang serius insiden itu. Hari ini kami telah menyediakan bahan bukti kepada polis mengenai insiden itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain