suria

Real Kekal Selesa Di Puncak La Liga

Benzema menjaringkan dua gol untuk Real ketika menentang Granada, awal pagi Ahad.
Benzema menjaringkan dua gol untuk Real ketika menentang Granada, awal pagi Ahad.
Benzema menjaringkan dua gol untuk Real ketika menentang Granada, awal pagi Ahad.

MADRID: Real Madrid mengukuhkan kedudukan di puncak La Liga dengan kelebihan enam mata di depan Barcelona selepas menewaskan Granada 5-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi Ahad.

Karim Benzema membuka jaringan awal untuk Real sebelum Mikael Rico menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

Real memperoleh gol kedua menerusi Sergio Ramos pada minit ke-34.

Pasukan kendalian Pengurus Jose Mourinho itu terus selesa apabila Gonzalo Higuain menjaringkan gol ketiga dan Benzema meledak gol keduanya pada perlawanan berkenaan pada minit ke-50.

Cristiano Ronaldo melengkapkan gol kelima Real untuk memastikan Real mengekalkan penguasaan di tangga teratas saingan La Liga.

Kemenangan itu ternyata memberi sedikit tekanan kepada juara bertahan, Barcelona yang pernah menewaskan Real bulan lalu apabila bertemu Espanyol pada Ahad.

Sementara itu, Levante seri 0-0 dengan Mallorca tetapi kekal empat mata mengatasi pasukan di tempat kelima, Osasuna yang juga terikat tanpa jaringan dengan Real Sociedad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain