Tanpa Pemain Import, Terengganu Yakin Boleh Buat Kejutan - Sukan | mStar

Tanpa Pemain Import, Terengganu Yakin Boleh Buat Kejutan

KUALA TERENGGANU: Walaupun tanpa pemain import, Terengganu selaku naib juara Piala Malaysia 2011 yakin boleh membuat kejutan dalam pertandingan Liga Malaysia musim ini.

Penolong pengurus pasukan yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata persatuan yakin dengan kemampuan barisan pemain sedia ada.

Terengganu mempunyai ramai pemain terbaik untuk menghadapi Liga Malaysia seperti Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya, Joseph Kalang Tie selain Mohamad Muslim Ahmad, Abdul Shukur Jusoh dan Zubir Mohd Amin, katanya di sini, Sabtu.

Terengganu akan menentang Perak dalam perlawanan pertama Piala Liga Super 10 Jan ini.

Terengganu tidak dapat menggunakan khidmat pemain import berikutan kekeliruan terhadap surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pasukan Aisan Kembali Lagi Sertai LTDL

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain