suria

Kesebelasan Utama Skuad Terengganu Sudah Dapat Dibayangkan

KUALA TERENGGANU: Terengganu yang muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu sudah dapat menentukan barisan pemain yang bakal diturunkan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

"Kita sudah dapat bayangan kesebelasan pemain utama selepas mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Lembah Klang, Kelantan dan Perlis sebelum ini," kata pengurusnya Datuk Che Mat Jusoh yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Beliau berkata para pemain termasuk dua pemain import dapat menunjukkan persefahaman yang baik antara satu sama lain dan dapat memenuhi kehendak jurulatih Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan pula berkata kehadiran pemain Pasukan Harimau, Mohamad Muslim Ahmad, Abdul Shukor Jusoh dan Mohamad Zubir Mohd Amin dijangka menguatkan lagi pasukan Terengganu. - BERNAMA

Artikel Lain