Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Terbuka Korea - Sukan | mStar

Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Korea dengan mengalahkan pemain tuan rumah Shon Wan Ho 13-21, 21-14, 21-15 pada Khamis.

Chong Wei selaku pemain pilihan pertama kejohanan bakal bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago yang mengalahkan pemain Singapura, Ashton Chen 21-10, 21-13.

Musuh ketat Chong Wei, Lin Dan dari China pula akan menentang seorang lagi pemain tuan rumah Lee Hyun Il untuk menentukan tempat ke suku akhir malam ini.

Bagaimanapun pasangan beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal mara ke suku akhir apabila tewas di pusingan kedua di tangan pasangan bukan pilihan dari Taiwan, Fang Chieh Min dan Lee Sheng Mu 21-13, 20-22, 22-24.

Kekalahan mereka yang kini menduduki tangga keenam dunia mungkin menjejaskan kedudukan mata ranking mereka untuk layak ke Sukan Olimpik London pada Julai ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

Sukan Olimpik Lebih Penting: Chong Wei

default image

Skuad Piala Thomas Dan Uber Diumum

Artikel Lain