suria

Sabah Janji Beri Saingan Hebat

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Sabah berazam untuk memberi saingan hebat pada Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Pengurus pasukan Shahriman Abdullah berkata Sabah, yang mengintai peluang untuk menjuarai Piala Malaysia buat pertama kalinya tahun ini, mula menunjukkan peningkatan setelah mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan termasuk dengan Sarawak dan Brunei.

"Kita akan cuba kembali sebagai antara pasukan yang disegani di negara ini," katanya.

Sebagai persiapan, pasukan itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Brunei di Stadium Penampang dekat sini semalam dan menundukkan pasukan pelawat itu 4-0. Shahriman berkata beliau berpuashati dengan persembahan pemain Sabah termasuk pemain import dari Australia, Brendan Gan dan Michael Bird.

"Saya lihat Sabah mula menunjukkan prestasi yang konsisten dan pemain menunjukkan keserasian dengan pemain import. Saya harap strategi yang digunakan akan membuahkan hasil," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain