suria

Real Bangkit Tewaskan Malaga 3-2

Karim Benzema (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan, Sami Khedira.
Karim Benzema (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan, Sami Khedira.
Karim Benzema (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan, Sami Khedira.

MADRID: Penyandang juara, Real Madrid bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Malaga 3-2 dalam saingan timbal balik 16 pasukan Copa del Rey, awal pagi Rabu.

Pengurus Real, Jose Mourinho melakuan tiga pertukaran selepas ketinggalan 2-0 pada babak pertama.

Malaga seolah-olah berada pada kedudukan selesa selepas mendahului dengan dua gol menerusi Sergio Sanchez dan Martin de Michelis.

Namun, percaturan Mourinho menjadi apabila Real bangkit memperoleh tiga gol dalam masa 10 minit separuh masa kedua menerusi Sami Khedira, Karim Benzema dan Gonzalo Hihuain.

"Saya memberitahu pemain bahawa saya akan melakukan pertukaran terhadap kesebelasan utama jika perlu berbuat demikian.

"Saya mempertimbangkan untuk melakukannya tetapi masih memberi peluang kepada pemain untuk mengubah nasib pasukan," katanya.

Sementara itu, Mirandes yang menyingkirkan Villareal pada pusingan terdahulu menewaskan Racing Santander 2-0 manakala Albacete terikat 0-0 dengan Athletic Bilbao.

Barcelona pula akan melayan kunjungan Osasuna di Nou Camp, awal pagi Khamis.

Pertembungan kedua akan berlangsung minggu depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain