suria

PSG Putih Mata Beckham Ambil Keputusan Kekal Bersama LA Galaxy

PARIS: Akhirnya setelah beberapa minggu menjadi mainan spekulasi, kelab gergasi Perancis,Paris St-Germain (PSG)mengesahkan bahawa David Beckham tidak akan menyertai mereka musim ini.

Pengarah Paris St-Germain, Leonardo berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila pemain sehebat Beckham membuat keputusan untuk tidak menyertai mereka tetapi itu adalah hakikat kehidupan yang harus diterima oleh semua.

Beckham membuat keputusan untuk terus kekal bersama kelab LA Galaxy dengan menandatangani kontrak selama dua musim lagi dipercayai bernilai £5 juta setahun.

"Jadi segala-galanya telah berakhir untuk PSG," kata Leonardo kepada akhbar Perancis, L'Equipe.

PSG yang kini dimiliki oleh keluarga diraja Qatar baru sahaja mendapatkan khidmat bekas pengurus Chelsea dan Milan, Carlo Ancoletti.

Beckham, 36, memainkan peranan besar dalam menarik minat masyarakat Amerika ke atas bolasepak apabila beliau menyerti Galaxy dari Real Madrid lima tahun lalu.

Bersama pemain prolifik dari Ireland, Robbie Keane dan kapten pasukan Amerika Syarikat, Landon Donovan, mereka akhirnya membawa kejayaan besar kepada Galaxy dengan menjuarai liga musim lalu menewaskan New York Red Bull.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain