suria

Liverpool Enggan Rayu Hukuman Penggantungan Suarez

Luis Suarez (kiri) digantung lapan perlawanan.
Luis Suarez (kiri) digantung lapan perlawanan.
Luis Suarez (kiri) digantung lapan perlawanan.

LONDON: Liverpool enggan mengemukakan rayuan terhadap hukuman penggantungan lapan perlawanan yang dikenakan terhadap penyerangnya Luis Suarez selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Sebelum ini, Liverpool menolak hukuman terhadap Suarez itu termasuk denda 40,000 pound sehinggalah panel disiplin Persatuan Bola Sepak Inggeris mengeluarkan keputusan hukuman secara bertulis.

Selepas meneliti kertas siasatan, Liverpool mengesahkan mereka menerima hukuman tersebut yang akan berkuatkuasa serta-merta terhadap Suarez.

Suarez menjalani penggantungan pertama ketika Liverpool tewas 0-3 kepada Manchester City awal pagi Rabu.

Dia juga akan terlepas lima perlawanan Liga Perdana Inggeris, pertemuan menentang Oldham pada pusingan ketiga Piala FA, Jumaat ini dan separuh akhir Piala Carling bertemu City.

Kenyataan FA mengesahkan bahawa Suarez akan menjalani hukuman penggantungan berkuatkuasa serta-merta, bermula dengan perlawanan menentang City.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Liverpool memberitahu pasukan itu kecewa dengan keputusan FA tetapi tidak akan mengemukakan sebarang rayuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain