suria

Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Siri Super Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada Rabu.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu menundukkan Hsueh Yi Hsuan dari Taiwan 21-11, 21-16 pada pusingan pertama pagi tadi, dijadualkan bertemu pemain tempatan Shon Wan Ho pada Khamis.

Dalam perlawanan perseorangan lelaki lain, pemain Jepun Kenichi Tago mengalahkan pemain pilihan ketujuh Nguyen Tien Minh dari Vietnam 19-21, 21-10, 21-9, untuk meneruskan perlawanan bertemu pemain Ashton Chen Singapura.

Sementara itu dalam kategori bergu, pasangan wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei gagal meneruskan persaingan selepas dikalahkan oleh Juala Gutta dan Ashwini Ponnappa dari India 19-21, 18-21. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain