suria

Macheda Sarung Jersi QPR

Federico Macheda
Federico Macheda
Federico Macheda

PENYERANG Manchester United, Federico Macheda menyertai Queens Park Rangers secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan muka baru pertama yang dibawa masuk Neil Warnock sebaik saja pintu perpindahan pemain dibuka semula Januari ini.

Macheda akan menyarung jersi bernombor 33 di Loftus Road.

Dia pernah mewakili Sampdoria dalam Serie A musim lalu dan berharap untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

"Berlaku persaingan sengit di Manchester United kerana mereka mempunyai ramai penyerang berbisa. Namun saya masih muda dan memerlukan lebih banyak pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris.

"Saya berada di sini untuk berlatih bersungguh-sungguh dan berjanji untuk memberi impak besar kepada QPR," katanya.

Macheda akan diturunkan menentang Norwich pada Isnin.

Artikel Lain