suria

United Harapkan Ehsan Sunderland Untuk Sekat Kemaraan City Malam Ini

MANCHESTER: Manchester United yang tewas mengejut 3-2 di tangan Blackburn malam Sabtu mengharapkan semangat baru yang dibina oleh Martin O'Neill dalam skuad Sunderland akan membantu menghalang kemaraan Manchester City dalam perlawanan jam 11 malam nanti.

Sunderland hanya menang dua perlawanan dan tewas dalam 11 lagi perlawanan menentang City tetapi musim lalu mereka telah berjaya menundukkan City 1-0.

Bagaimanapun pada masa yang sama, rekod juga menunjukkan, Sunderland gagal memperolehi sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.

Malam ini mereka akan bertemu City di Stadium of Lights iaitu gelanggang City.

Rekod City pula menunjukkan sebaliknya. Mereka tidak pernah gagal untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan liga sejak November lalu.

Namun begitu sesuatu yang menarik tentang kedua-dua pasukan ini ialah dalam tujuh perlawanan terakhir mereka, lima sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil.

City dijangka menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan malam ini dengan Eddin Dzeko akan berfungsi sebagai penyerang tunggal dan disokong dari belakang oleh penyerang Argentina, Sergio Aguero.

Di bahagian sayap pula, Roberto Manchini dijangka menurunkan Adam Johnson di sayap kiri manakala David Silva di sayap kanan dan bahagian tengah akan dikemudikan oleh Yaya Toure dan Gareth Barry.

Bahagian Pertahanan akan diketuai oleh kapten pasukan, Vincent Kompany dengan gandingan oleh pemain pertahanan England Leslie Lescott disokong oleh Clichy di apit kiri dan Micah Richards di apit kanan.

Artikel Lain