suria

Henry Selangkah Sertai Arsenal

Thierry Henry
Thierry Henry

BEBERAPA laporan media antarabangsa mendakwa perpindahan penyerang Thiery Henry secara pinjaman ke Arsenal akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan berminat mendapatkan semula sentuhan pemain berusia 34 tahun itu kerana bakal kehilangan khidmat Gervinho dan Marouane Chamakh yang akan beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika pada Januari depan.

Henry tidak akan kembali ke Amerika Syarikat (AS) sehingga Mac sama seperti yang dilakukan Landon Donovan yang dipinjamkan ke Everton dari LA Galaxy.

Beliau menjaringkan 226 gol ketika lapan tahun di Arsenal.

Bekas pemain Juventus itu meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona pada 2007.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan The Gunners, Nigel Winterburn percaya kehadiran Henry mampu memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu.

"Saya berharap agar segalanya berjalan dengan lancar. Ia satu kejutan untuk penyokong Arsenal," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain