suria

PHWT Anjur Lebih Banyak Kejohanan Untuk Lahir Bakat Baru

KUALA TERENGGANU: Persatuan Hoki Wanita Terengganu (PHWT) akan menganjurkan lebih banyak kejohanan di peringkat negeri dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain hoki wanita berwibawa di negeri ini.

Setiausahanya Nik Zaharah Nik Abdul Kadir berkata PHWT juga akan menghidupkan kembali kejohanan hoki wanita yang telah dihentikan hampir tiga tahun lepas termasuk pertandingan mini hoki.

"Mulai tahun depan PHWT akan menyertai semua kejohanan hoki peringkat kebangsaan baik di peringkat remaja untuk memberi pendedahan dan mengasah bakat pemain-pemain yang baru meningkat ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama, di sini Khamis.

Dalam pada itu, keputusan mengenai cadangan untuk menggabungkan PHWT dan Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) dijangka diketahui apabila kedua-dua persatuan terbabit mengadakan mesyuarat bulan depan.

Nik Zaharah berkata pada dasarnya gabungan seumpama itu sangat baik kerana dapat memberi kekuatan kepada kedua-dua persatuan dalam semua aspek.

Persatuan Hoki Malaysia (PHM) baru-baru ini telah meminta semua persatuan hoki lelaki dan wanita negeri-negeri bergabung sebagai langkah untuk memantapkan lagi sukan hoki di negeri ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal, Wolves Seri 1-1

Artikel Lain