suria

Arsenal, Wolves Seri 1-1

Gervinho meraikan jaringannya.
Gervinho meraikan jaringannya.
Gervinho meraikan jaringannya.

LONDON: Arsenal terlepas peluang untuk merampas kedudukan keempat daripada Chelsea selepas seri 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers di Emirates pada Sabtu.

Pasukan kendalian Pengurus Arsene Wenger itu gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri meskipun Wolves bermain dengan hanya 10 pemain selepas Nenad Milijas dilayangkan kad merah kerana mengasari Mikel Arteta ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Pada separuh masa pertama, Arsenal berada di depan menerusi gol yang dijaringkan oleh Gervinho pada minit kelapan.

Pemain Wolves, Steven Fletcher menyamakan kedudukan apabila menanduk masuk dalam keadaan tidak dikawal hasil sepakan penjuru rakan sepasukan, Stephen Hunt.

Arsenal kini berada di tempat kelima dengan 33 mata ketinggalan satu mata di belakang Chelsea.

Dalam perlawanan berasingan, Gareth Bale menjaringkan dua gol bagi membantu Spurs menewaskan Norwich City 2-0 awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Harry Redknapp mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Spurs mengutip 38 mata, dibezakan hanya tujuh mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Artikel Berikut

Artikel Lain