Safee Sali Terjebak Selepas FIFA Haramkan ISL - Sukan | mStar

Safee Sali Terjebak Selepas FIFA Haramkan ISL

KUALA LUMPUR: Penyerang sensai negara Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

"Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL," menurut portal tersebut.

Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.

ISL merupakan kejohanan kelab-kelab bolasepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak Republik tersebut, PSSI. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ranking FIFA: Malaysia Naik Tujuh Anak Tangga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain