suria

Tujuh Persatuan Sukan Belum Hantar Post-Mortem Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Tujuh persatuan sukan masih belum menghantar post-mortem mengenai prestasi atlet mereka di Sukan SEA Indonesia, kata ketua kontinjen negara ke kejohanan itu, Datuk Naim Mohamad.

Persatuan tersebut ialah bagi acara bola tampar, baseball, judo, pentanque, panjat dinding, sukan roller dan mendayung.

"Rata-rata persatuan lain telah menghantarnya. Persatuan karate, renang dan bola sepak adalah antara yang terawal menghantar analisis mereka.

"Kita kini menunggu laporan daripada tujuh persatuan ini dan tarikh akhir perlu yang dihantar adalah sebelum 25 Dis ini di mana saya akan melaporkan kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) pada 31 Dis," katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau menghadiri majlis menghargai pihak media yang bertungkus lumus membuat liputan Sukan SEA Indonesia.

Naim berkata empat daripada tujuh persatuan itu dilaporkan akan menyerahkan hasil analisis masing-masing esok.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain