suria

Suarez Digantung Lapan Perlawanan

Suarez (kiri) digantung lapan perlawanan dan turut didenda selepas di dapati bersalah menggunakan kata-kata perkauman kepada Evra (kanan).

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda 40,000 euro (RM166,212) oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas didapati bersalah menimbulkan kata-kata perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield Oktober lalu.

Pihak FA mengumumkan keputusan itu selepas kes itu mula didengar pada 14 Disember lalu walaupun sebelum ini Suarez menafikan perbuatannya itu.

“Suarez telah menggunakan kata-kata yang tidak sopan kepada Evra pada perlawanan itu mengikut Peraturan FA E3(1). Perkataan itu termasuk penggunaan warna kulit kepada Evra yang termaktub dalam Peraturan E3(2).

“Suarez telah diberi amaran mengenai tingkah lakunya pada masa akan datang. Dia digantung lapan perlawanan dan turut denda,” jelas pegawai FA.

Sementara itu, Suarez berkata di laman Twitternya: “Ini merupakan hari yang paling sukar dan menyakitkan bagi saya dan keluarga. Terima kasih di atas sokongan semua.”

Manakala pengurus The Reds, Kenny Dalgish berkata, dia sangat kecewa dengan keputusan yang dikenakan terhadap Suarez.

“Inilah masanya Suarez memerlukan sokongan semua, Jangan biarkan dia ‘berjalan” keseorangan.” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain