suria

McLaren Sedia Uji Jentera Baru Di Jerez

Button menamatkan kedudukan kedua keseluruhan pada perlumbaan Formula Satu 2011.
Button menamatkan kedudukan kedua keseluruhan pada perlumbaan Formula Satu 2011.
Button menamatkan kedudukan kedua keseluruhan pada perlumbaan Formula Satu 2011.

PASUKAN McLaren bakal menguji jentera 2012 buat kali pertama pada 7 Februari ini di Litar Jerez, Sepanyol.

Pasukan McLaren menamatkan musim 2011 di tempat kedua keseluruhan (Jenson Button), dibelakang pasukan Red Bull yang merangkul kejuaraan dua kali berturut-turut (Sebastian Vettel).

Button dan rakan sepasukannya Lewis Hamilton hanya memenangi tiga perlumbaan setiap seorang sepanjang musim ini.

Sementara itu, Red Bull dan Ferrari telah memberitahu jentera baru mereka sudah sedia untuk diuji, dan hanya Mercedes sahaja yang menunda untuk menguji jenteranya apabila ujian pra musim kedua akan bermula di Barcelona pada 21 Februari ini.

Di bawah peraturan baru perlumbaan 2012, pasukan tidak dibenarkan menguji jentera masing-masing sebelum menerima kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bagi ujian kemalangan.

Pusingan pertama perlumbaan Formula Satu akan membuka tirai pada 18 Mac ini di Melbourne, Australia.

Artikel Berikut

Artikel Lain