suria

Pemain Import Terengganu Diminta Kurangkan Berat Badan

KUALA TERENGGANU: Bercio Nunes Machado, pemain import kelahiran Brazil Terengganu, perlu mengurangkan berat badan bagi memastikan beliau dapat beraksi dengan baik pada saingan Liga Malaysia musim depan, kata pengurus pasukan itu Datuk Che Mat Jusoh.

Beliau berkata pergerakan pemain itu kini agak terbatas walaupun Berchio seorang pemain yang bagus dan memenuhi kehendak pasukan Terengganu.

"Sebagai pemain tengah, Bercio terpaksa kuat berlatih untuk mengurangkan berat badan bagi mengawal pergerakan lawan dengan berkesan," katanya.

Mengenai Mohamadau Suamareh, Che Mat yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu berkata bekas pemain Kelab Surrekunda FC, Gambia itu bagus dan aset pasukan itu walaupun baru berusia 19 tahun.

Beliau berkata kedua-dua pemain impot itu memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pemain tempatan dan mereka telah membuktikan kemampuan membantu Terengganu dalam Liga Malaysia melalui beberapa perlawanan persahabatan.

Setakat ini, Terengganu bertemu pasukan Felda United, Sime Darby, PKNS dan Kuala Lumpur dalam perlawanan persahabatan sebelum menentang Kelantan di Kota Baharu 31 Dis ini.

Che Mat berkata selain mempertahankan Piala FA, Terengganu akan berusaha menjuarai Piala Liga buat pertama kali tahun depan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain