suria

PSNT Semarak Sepak Takraw Negara

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Terbuka Piala Menteri Besar Terengganu pada tahun depan sebagai usaha menyemarakkkan sukan itu.

Presidennya yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Mohd Shapian Ali berkata kejohanan itu akan berlangsung pada awal bulan Mac dan terbuka kepada semua pasukan negeri dan kelab.

Kejohanan itu akan menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain untuk negara pada masa depan, katanya kepada Bernama.

Beliau berharap dengan adanya kejohanan itu nanti yang sebelum ini diadakan di peringkat negeri Terengganu sahaja, suasana sukan sepak takraw negara yang ketika ini agak suram dan sepi akan kembali meriah.

PSNT juga akan mengadakan kejohanan sepak takraw super siri untuk peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan sebagai salah satu usaha menyemarakkan sukan itu.

Katanya kejohanan yang bakal diperkenalkan PSNT itu melibatkan pasukan daerah-daerah di negeri berkenaan dan sekaligus menarik minat belia dalam sukan tersebut.

Namun begitu, Mohd Shapian berkata kejohanan-kejohanan itu tidak bermakna PSNT akan mengabaikan acara sukan sedia ada, malah akan memantapkannya lagi pada tahun depan.

Acara sukan itu antaranya kejohanan sepak takraw bawah 21 tahun sebagai gelanggang untuk mencungkil bakat-bakat baru dan kejohanan antara regu Piala Presiden PSNT.

Beliau berkata dalam masa yang sama, PSNT akan memperhebatkan lagi kejohanan sepak takraw antara regu wanita di negeri ini.

Artikel Sebelum

PSNT Semarak Sepak Takraw Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain