suria

Penalti Lampard Calar Rekod Tanpa Kalah City

Lampard (kanan) meraikan jaringannya dengan Didier Drogba.
Lampard (kanan) meraikan jaringannya dengan Didier Drogba.
Lampard (kanan) meraikan jaringannya dengan Didier Drogba.

LONDON: Chelsea mencalarkan rekod tanpa kalah Manchester City selepas jaringan pemain gantiannya, Frank Lampard menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Penalti Lampard pada minit ke-83 itu membantu Chelsea menang di gelanggang sendiri apabila Raul Meireles menyamakan kedudukan selepas Mario Balotelli memperoleh jaringan pembukaan City seawal minit kedua.

Dengan kemenangan itu, Chelsea melonjak ke tempat ketiga kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan itu juga City terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain apabila Gael Clichy dibuang padang pada minit ke-58.

Kemenangan itu juga adalah ketiga berturut-turut dalam masa sembilan hari selepas skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu turut menempah tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Bagi City pula yang terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah, kedudukan mereka untuk mempertahan lima mata di depan penyandang juara, Manchester turut musnah.

Jurang mata City dan United hanya dipisahkan dengan dua mata.

Artikel Sebelum

PSNT Semarak Sepak Takraw Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain